welcome to my teenager world | do follow after u read ok | teng q | i very appreciate it :)

sugEr gLiDeR

Thursday 16 February 2012

u make me shock lha FRIEND :)


orang selalu kata , orang yang nampak
diam + lembut + sopan ni bahaya :)
ok back to the what i want to storystory .
ni pasal bestfriend aku lha jugak AFINA , dia ni
tengok lembut ja , feminin lha hapa lha , tapi sekali
dia marah aku pun tekejut berOk !
tadi kat skola masa syariah islam uztaz takdak .
tapi ada cikgu ganti , cikgu ganti tu sOh p
library , afina dengan kima p ambek 
hammer kat cikgu HARON . aku , qilah dengan liza
p lha library dulu . sampai ja kami kat depan
pintu library . dengaq lha sOqa orang tempek .
kami ingat cikgu yang tempik kat student . kami pun
buat besa ja lha . dah sampai depan library ,
depa kata kena ambek buku sivik pulak sebab satg
habeh masa syariah cikgu sivik nak sambung
terus dok kat library . kami pun tigatiga jalan lha
tekedekkedek p kat kelas balek kat blok B .
sampai ja kami kat tangga nak naik kelas jumpa
denagn kima and fina , kima pun storystorystory
lha pasal sOqa tadi tu , ruparupanya sOqa
yang kami semua sangkakan cikgu dok mengamOk
kat student tu rupanya sOqa afina jegheqa yani !
harhhhhh ???!!! biaq betOy , dia tempik dari
hujung tandas laki kat blok c dengaq sampai tengah
library kat blok d . err kuat kodd weyy !
seriOusly aku memang tekejut gilaaaa !
sapa sangka fina yang lembut buleyh tengking
orang macam tu bila dia hilang sabaq .
dia kata "aku dah lama sabaq dengan yani dari
taOn lepas lagi , aku dah takleh sabaq dah !"
ok setakat tengking tu buleyh tahan lagi ,
ni dia tOlak terus pala yani .
adeyyhhhh ! macammacam lha skarang nihh .
rasa lawak nak tegelak gulingguling pun ada :) ......
apaapa pun , sayang hampa semua kawan , susah
senang kita selalu bersama :)




Wednesday 15 February 2012

sayang kamu semua



alohaa !! penat lha baru balek skola >.<"
nanti mummy dengan daddy nak anta g tusyen plak .
sabtu je tusyen kat skola , ahad tusyen luar .
time bilanya aku nak buleh tidoq bangket sayOk maw
lagu nihh ! haishh ! daddy kata taOn depan nak SPM ,
so kena b'sedia awal dari taOn ni . dah tak boleh 
lengahlengah dah sebab spm taksenang macam pmr .
"errr ! pmr senang ka daddy ? kalau senang adik dah
dapat straight A's lha pmr dulu ."
HUHUHU , btw thanx daddy sebab always caring about me :)
i know that u always wanna look ur son success .
adik taw daddy taknak tengok anakanak daddy
hidup susah kemudian hari kan ? tapi adik selalu
tak paham :) adik akan usaha sungguhsungguh
and hadiahkan kejayaan adik nanti untuk daddy,
mummy and abang :) daddy , mummy
dengan abang cuma sentiasa doakan kejayaan adik
je taw HEHEHEHE
mmmmuahhh :*


Sunday 12 February 2012

japanese baby


tadi membe abang aku mai umah , macam selalu
dia bawak anak dia sekali . seriously bagi aku
memang cute arhggg ! macam JAPANESE BABY arr !
tadi tengah dok mainmain dengan dia yang
tersangat lha aktif and tak boleh dok diam langsung
tuhh , sempat gak lha aku snap pic dia .
nahh ! aku tempekkan sekali pic dia kat sini.



HANI
sempat snap dua jee HEHEHE :) sebab terlampaulampau
lha aktif ^^, if i already married , i wanna
babygirl like her . INSYAALLAH :)
may ALLAH bless me *_*

Friday 10 February 2012

sambutan maulidur RASUL !!

ASSALAMUALAIKUM !!
eloeloelo !! :)
tadi kat school ada SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ,
taOntaOn sebelum ni aku takpenah p pun ,
taktau lagu mana taOn tetiba jadi rajin tergerak
pulak nak p . HUHUHU ! ok , program dia so far so good lah .
ehehehehe ! chewwahh aku speaking pulak dah . okok back
to the title , first behimpun kat medan budi
pastu form by form jalan dalam line masuk hall .
alahaii , jam terukk kodd trafic light
masa ontheway nak g hall . dua tiga kali tersekat tang
red light . hishhh ! :| then sampai kat hall nak 
masuk kena buang kasut , aku pun tanya lha bonda kesayangan
4B , USTAZAH SYAMSINAR ZAPOR . "ustazah , takmaw
buang stokin leh dk ?" ustzah pun jawab
"kalau rasa stokin kamu tu takkan buat orang lain
pengsan pakai lha " then aku kata "oihh dk ahh , stokin saya paling
wangi lam dunia ni" ustazah say "eleh , stokin dua minggu tak
basuh" :) ekekekekeke ! ustazah ni macam mana
taw tah lha :) pastu dal masuk dalam hall takleh nak dok sengap .
keja hingaq ja , kalau aku dok sengap satg aku
ngantok ! ustaz bagi tazkirah , baca yasiin , baca doa ,
ustazh HAFIZAH cerita pasai nabi . pastu rehat 30 minit .
then cikgu bagi masa lagi 15 minit p ambek wudhuk , pastu
sembahyang dhuha samasama :) seronok jugak .
pastu lipatlipat sejadah dengan telekung pa semua .
ada depa jemput orang tu untuk tunjuk cara mandi and kafan
jenazah . ok yang tu aku boring sebab dia dok tunjuk
kat budakbudak lagi ja , aku cukup tak pueh lha
kalau orang cakap aku takleh tengok muka nihh :D
but it sokay it's orait lha sebab aku dah 3 kali tengok benda
benda yang sama tu sebenaqnya ekekekekeke !
hari sabtu da sekolah ganti , errghhh ! ramai pakat tak mau p .
ekodd jadual hari khamis , err ada subjek EKO !!!
ouhhhh ! aku nakk p sabab aku dah TERjatuh
cinta kat EKONOMI ASAS :D awww awwww !!!!!

Tuesday 7 February 2012

4B forevEr !!!

Assalamualaikum !!
best oii kelas aku , haha tadi masa pertama subjek bm .
aku macam besa lha , buku bm tak pernah hantaq
pun . aku dengan kima keja gelak ja , cikgu dok tempik kat
depan , kami dok bergelak kat belakang . huhu bukan taktaw kima
dengan perangai bengongbengong dia tuhh !
sampai cikgu tu pun naik heran apa yang lucu sangat
yang kami dok keja gelak ja sampai tak
dengaq apa dia ajaq . pastu sampai habehh masa dia ,
kima dok tak brenti lagi dok buat bagi aku gelak . mentangmentang
lha aku jenis cepat gelak . Pastu masa kedua pun tibaaa , Haaaaa
masa kedua ni lha masa yang sangat ditunggutunggu oleh 
genggeng 4B kecuali aku . Masa sejarah ! sebab cikgu SEHA nak buat
kuiz beruang ! ha ? kuiz beruang ? pelik kan ? tapi tu lha nama
diberi ! sapa dapat jawab , satu soalan 5 kupang .


cikgu baru ja kata "soalan nombor....." depa dah kalutt angkat
tangan . tapi aku macam besa lha , buat bodo ja .
Sampai cikgu yang mention nama aku suh jawab , hehe 
kalau cikgu tak suruh , aku memang tak jawab dah lha soalan tu .
best gila belajaq dengan cikgu seha , dok keja 
gelak ja , huhu , kelas kami ni memeng kelas yang paling
happening lha ! budakbudak laki pun semua gilagila ! cikgucikgu yang
tengok serious pun , bila masuk
ja kelas kami mesti gelak . Pastu masa bi sir asri buat
kuiz jugak , sapa takleh jawab kena denda . macam besa orang
lain berebut nak jawab tapi aku buat don't know ja . then aku
yang last sorangsorang aku , aku pun kena denda arr 
apa lagi , nasib baik mudah ja , kena denda baca karangan aku
sendiri . aku pun baca ja lha daripada aku kena denda
yang lebih teruk . masa syariah ustaz takdak , qilah mai dok kat
aku dengan kima , kami sembangsembang apa pastu
kima plak dok jadi match maker dok
matchkan shidi dengan qilah , err qilah bukan taktaw
perangai dia ganas sikit , terus nye lempangnya si kima .
hahahha ! kuat kodd .
last skali masa sivik cikgu tak masuk . yang lain semua
p surau , aku , qilah , kima , wani , fina dengan liza tak p .
dok buat apa lagi kami dalam kelas , dok begila lha .
qila dok berangan jadi ustazah , hahaha , satsat dia nyanyi lha 
nasyid lha , penat dok gelak kat dia . 
Pastu tiba lha msanya yang paling best skali . masa untuk
balik !!! 
THE END !

Thursday 2 February 2012

tOlonglah senyum :')


Hujan yang renyai mengingatkan aku pada
satu peristiwa silam mengusik kalbu , yang membuatkan
hatiku menangis dan terus menangis tanpa henti .
Peristiwa yang membuatkan aku terus rebah tak berdaya .
Aku bagaikan hilang pertimbangan dengan 
menyalahkan takdir yang telah ALLAH tetapkan untukku dan
keluarga . Syukurlah akhirnya aku tersedar dari lamunan
dan berjaya keluar dari perasaan amarah yang tadinya
menguasai diri . Aku beristighfar memohon ampun daripada 
ALLAH kerana telah meragui dan berburuk 
sangka terhadap-Nya . Walaupun begitu , aku tetep masih 
lemah untuk menjalani kehidupan ini seperti biasa lagi . 
Aku lihat ibu , tiada lagi kedengaran gelak tawanya , malah 
yang ada hanya air mata membasahi pipi . Di bibir ayah , tiada lagi
senyuman manis yang menghiasi wajahnya , yang ada
hanya lamunan yang seakan tidak percaya dengan apa
telah terjadi . Juga tiada lagi seri keriangan
di wajah abang dan suaranya yang sering memecahkan suasana
sunyi . Hanya muram dan suram yang menghiasi hidup .
Mana mungkin aku harus lemah di hadapan mereka , ianya akan
membuat luka di hati mereka akan semakin parah . Aku 
harus sentiasa tampak kuat , tabah dan sabar dalam menjalani
hidup ini demi mereka . Aku harus sentiasa tersenyum untuk 
memastikan mereka jua tersenyum walaupun pada
hakikatnya aku juga lemah , hatiku juga parah dalam
menghadapi situasi ini ...


Adila Ramli Blogspot