welcome to my teenager world | do follow after u read ok | teng q | i very appreciate it :)

sugEr gLiDeR

Thursday 21 June 2012

ALLAH bersama ku :)


Lamanya tak update , rindu sangat nak menaip balik macam dulu . Rindu sangat nak update selalu macam dulu , nak blogwalking selalu macam dulu . Tapi hidup aku sekarang bagai tak seindah dulu lagi . Aku yakin dan pasti untuk menyatakan yang ALLAH sangat sayangkan aku , sebab tu aku sering diuji dengan pelbagai dugaan . Biarpun aku hanya seorang gadis lemah , tapi aku harus menjadi sekuat dan setabah seorang lelaki perkasa dalam perjuangan hidup ku . Seperti mana bintang yang tak selalu ada untuk menemani bulan , begitu jugalah aku yang takkan selamanya ada untuk melengkapi kehidupan setiap insan yang memerlukan aku . Kerana seperkara aku terus lemah , kerana seperkara aku jatuh , kerana seperkara jiwa ku bagai mati seketika . Aku harus bersemangat dan terus tersenyum walau apa jua yang melanda . Buat seorang teman yang telah membuang aku hanya kerana seperkara itu , di sini suka aku nyatakan bahawa hidup mati ku kerana ALLAH . Dengan kuasaNYA aku dapat merasai nikmatnya kehidupan di dunia dan denagn kuasaNYA juga aku mati . Ajal ku bukan di tangan mu sahabat :) 

Adila Ramli Blogspot