welcome to my teenager world | do follow after u read ok | teng q | i very appreciate it :)

sugEr gLiDeR

Thursday 26 January 2012

anda tiada ganti !!

tadi petang lepas mak aku balik dari rumah
kenduri , aku suruh mak aku buat milo ais HEHEHE ! 
Fav aku taw milo ais . Lepas mak aku basuhbasuh
pingganpinggan mangkuk pa semua , mak aku pun 
mula lha bancuhbancuh milo pastu katOkkatOk ais buh 
dalam milo . pastu kami pun kuaq p dok kat kerusi batu
kat bawah pokok kat rumah aku lha ! pastu
mak aku p tengoktengok mini park flower dia tuhh .
tinggai lha aku sorangsorang dok temenung cari ilham .
pastu dah dok sorangsorang ni mula lha teringat macammacam .
tringat p tringat mai , aku pun tringat kat arwah
abang aku . Dah hampir 5 taOn arwah abang takdak
tapi rasa macam baru jaa . arwah abang aku meninggal 
15/6/2007 , kul 6.35 ptg . abang aku aku accdent :( 
ala takkan xtaw kot , yang accdent dkat ngan PUSPEN tu , 
yang naik proton pa tah wana merah tuhh .
abang aku sempat bawak p hospital , dua lagi takdak 
kat situ . masa abang aku takkdak kalau nak ikot taOn , umOq 20
tapi kalau nak ikot hari baru umOq 19 . sedih weyy ! 
walaupun banyak lagi rupa nak serupa abang ,
tapi abang aku tetap satu , tada ganti ! 


ni lha abang aku , hmm :(
kami semua da 3 bradik , 2 laki sorang pompuan 
dia yang kedua , yang sulung abang jugak , yang last aku .
YOU NEVER DIE IN MY HEART !!

Monday 23 January 2012

RAHSIA HIDUP



Dingin di pagi hari membuatkan aku berpeluk tubuh
sendirian
kerana kesejukan . Hujan yang renyai tetap 

membasahi bumi .Pabila hujan muali berhenti , 
pelangi pula menghiasi awan , sang burung pula mula 
memainkan peranan , berkicauan di langit biru .
Aku yang tadinya bersyukur kerana diturunkan hujan , kini 
bersyukur lagi kerana bumi kembali riang . Walaupun kata pengkaji
cuaca hujan itu cuaca buruk , tetapi bagi aku , itulah rahmat
daripada Allah . Begitu jugalah cinta dan kehidupan harian ku ,
kadangkala mendung seperti awan dan mungkin akan menitiskan air .
Adakalanya , indah seperti sang suria yang menyinari alam .
Kehidupan manusia tiada yang sempurna , kerana Allah pasti
sentiasa menguji kita dengan pelbagai cara sekalipun , 
tetapi kita tidak perlu khuatir menjalani ujian kerana 
Allah tahu tahap kemampuan kita , Dia tidak akan 
memberikan kita dugaan jita kita tidak mampu untuk memikulnya . 
Bak kata si bijaksana , “atasilah semua masalah dengan senyuman” . 
Setiap hari Allah memberikan kita peluang dan 
ruang untuk berubah daripada yang kurang baik kepada yang baik ,
daripada yang baik kepada yang lebih baik ,
maka janganlah kita mensia-siakan peluang itu kerana masa
tidak menunggu kita . Bak kata si bijaksana lagi
 “no one can change us , if us don’t want to change our own self” ,
masa yang telah berlalu tidak mungkin berpatah balik ,
biarkanlah ia terkubur sebagai sejarah silam , sebaliknya
manfaatkanlah masa yang mendatang dengan sebaik mungkin .
Adila Ramli Blogspot