welcome to my teenager world | do follow after u read ok | teng q | i very appreciate it :)

sugEr gLiDeR

Monday 23 January 2012

RAHSIA HIDUP



Dingin di pagi hari membuatkan aku berpeluk tubuh
sendirian
kerana kesejukan . Hujan yang renyai tetap 

membasahi bumi .Pabila hujan muali berhenti , 
pelangi pula menghiasi awan , sang burung pula mula 
memainkan peranan , berkicauan di langit biru .
Aku yang tadinya bersyukur kerana diturunkan hujan , kini 
bersyukur lagi kerana bumi kembali riang . Walaupun kata pengkaji
cuaca hujan itu cuaca buruk , tetapi bagi aku , itulah rahmat
daripada Allah . Begitu jugalah cinta dan kehidupan harian ku ,
kadangkala mendung seperti awan dan mungkin akan menitiskan air .
Adakalanya , indah seperti sang suria yang menyinari alam .
Kehidupan manusia tiada yang sempurna , kerana Allah pasti
sentiasa menguji kita dengan pelbagai cara sekalipun , 
tetapi kita tidak perlu khuatir menjalani ujian kerana 
Allah tahu tahap kemampuan kita , Dia tidak akan 
memberikan kita dugaan jita kita tidak mampu untuk memikulnya . 
Bak kata si bijaksana , “atasilah semua masalah dengan senyuman” . 
Setiap hari Allah memberikan kita peluang dan 
ruang untuk berubah daripada yang kurang baik kepada yang baik ,
daripada yang baik kepada yang lebih baik ,
maka janganlah kita mensia-siakan peluang itu kerana masa
tidak menunggu kita . Bak kata si bijaksana lagi
 “no one can change us , if us don’t want to change our own self” ,
masa yang telah berlalu tidak mungkin berpatah balik ,
biarkanlah ia terkubur sebagai sejarah silam , sebaliknya
manfaatkanlah masa yang mendatang dengan sebaik mungkin .

No comments:

Post a Comment

Adila Ramli Blogspot