welcome to my teenager world | do follow after u read ok | teng q | i very appreciate it :)

sugEr gLiDeR

Tuesday 11 March 2014

MH370



8/3/2014 , Malaysia atau boleh dila katakan seluruh dunia telah digemparkan dengan kehilangan MH370 pesawat milik Malaysia . MH370, dimanakah awak sebenarnya. Awak menghilang secara tiba tiba tanpa meninggalkan sedikit kesan pun untuk memudahkan kami menjejaki. Kami disini tidak putus putus berdoa dan dengan setinggi tinggi harapan agar sekembalinya awak nanti dalam keadaan yang selamat. Kehilangan awak menggemparkan seluruh dunia . Tak kira dimana pun awak berada sekarang ni , dalam keadaan apa pun berikanlah kami sedikit petunjuk agar dapat kami temui awak . Seluruh rakyat bumi ini risaukan awak dan sangat tertanya tanya kemanakah hilangnya awak , dimanakah keberadaan awak sebenarnya saat ini. Ada yang mengatakan bahawa ini semua tak logik . mana mungkin pesawat yang sebesar itu boleh tiba tiba hilang di awan . Namun bagi dila jika Allah memang mengkehendakkannya terjadi, tiada apa yang memerlukan logik akal manusia. Biarpun ianya diluar kotak pemikiran kita, ia kan tetap terjadi. Jadi, tak payah nak bergantung pada logik sangat lahh. Tak semua benda boleh main logik logik nihh . Saat ini dila lebih berharap agar awak ditemukan tidak kira dalam apa jua keadaan pun . Kehilangan awak yang secara sangat tiba tiba tanpa sedikit pun isyarat ini sesungguhnya menjadi tanda tanya yang teramat misteri diseluruk pelosok dunia.


No comments:

Post a Comment

Adila Ramli Blogspot