welcome to my teenager world | do follow after u read ok | teng q | i very appreciate it :)

sugEr gLiDeR

Wednesday, 17 December 2014

C.I.N.T.A


CINTA...
Bawalah aku pergi,
bersama arus keindahan mu,
aku tak ingin disini sendirian.

CINTA...
Aku disini,
menanti dengan dengan penuh setia,
menantikan mu hadir
memberi sayap
untuk terbang bersama.
Hati ini aku tetapkan,
hati ini aku kukuhkan 
untuk kau yang bakal 
halal buat ku.

CINTA...
Dulunya kau dan aku sahabat.
Takpernah terfikir oleh ku
kau bakal menjadi cinta
kuat dalam jiwa ku.
Kau dan Aku kini menjadi KITA !
aku tak ingin KITA kembali 
terpisah menjadi KAU dan AKU .

Tuesday, 16 December 2014

bullshit !


Diam ?
Ya. Mungkin aku hanya patut diam.

Kenapa ?
Kerana aku mungkin menimbulkan 
kekacauan apabila bersuara.

Sampai bila ?
Aku pun takpasti.

Letih ?
Ya. Letih, penat, lelah , menyampah , muak
dengan sandiwara manusia sekeliling.
Perlakukan aku bagai anak kecil yang takpunya
rasa. 

Jalan terbaik ?
MUNGKIN dengan terus diam dan melihat
saja lakonan mereka dengan tatapan kosong 
tanpa riaksi ZAHIR. Dalam hati ? Bagai
sembilu yang  menikam. Kian hari kian menduga
keimanan. Kian hari kesabaran aku jua kian tipis.
Jangan terlalu yakin yang roda hidup kau takkan
berputar ke bawah. Harap kau mengerti.

Monday, 20 October 2014

si bintang hati

malam... 
aku mencari bulan indah ,
aku menanti si bintang hati ,
gelap langit menghampakan aku .

siang...
cerah seperti selalunya ,
sang suria muncul 
takpernah lewat dari waktunya ,

namun tetap hambar ,
tiada sinar yang aku nantikan ,
disebalik cahaya suria yang terbit .

rindu...
aku merindu sinar yang dulu ,
entah ke mana hilang perginya ,
walau diseru takjuga muncul .

lupakah dia pada aku ,
tidak sedarkah dia ,
bahawa dirinya sebahagian ,
kebahagiaanku .

-cikOreo_sipencintapuisi-

Tuesday, 11 March 2014

MH370



8/3/2014 , Malaysia atau boleh dila katakan seluruh dunia telah digemparkan dengan kehilangan MH370 pesawat milik Malaysia . MH370, dimanakah awak sebenarnya. Awak menghilang secara tiba tiba tanpa meninggalkan sedikit kesan pun untuk memudahkan kami menjejaki. Kami disini tidak putus putus berdoa dan dengan setinggi tinggi harapan agar sekembalinya awak nanti dalam keadaan yang selamat. Kehilangan awak menggemparkan seluruh dunia . Tak kira dimana pun awak berada sekarang ni , dalam keadaan apa pun berikanlah kami sedikit petunjuk agar dapat kami temui awak . Seluruh rakyat bumi ini risaukan awak dan sangat tertanya tanya kemanakah hilangnya awak , dimanakah keberadaan awak sebenarnya saat ini. Ada yang mengatakan bahawa ini semua tak logik . mana mungkin pesawat yang sebesar itu boleh tiba tiba hilang di awan . Namun bagi dila jika Allah memang mengkehendakkannya terjadi, tiada apa yang memerlukan logik akal manusia. Biarpun ianya diluar kotak pemikiran kita, ia kan tetap terjadi. Jadi, tak payah nak bergantung pada logik sangat lahh. Tak semua benda boleh main logik logik nihh . Saat ini dila lebih berharap agar awak ditemukan tidak kira dalam apa jua keadaan pun . Kehilangan awak yang secara sangat tiba tiba tanpa sedikit pun isyarat ini sesungguhnya menjadi tanda tanya yang teramat misteri diseluruk pelosok dunia.


Wednesday, 5 March 2014

jom bsness dengan 1whp ! modal rendah jerr



Bissmillahirahmanirrahim. hai hai hai ! aihh apasal la salam dila berwarna warni ja hari ni . Sajalah nak tunjukkan keceriaan HAHAHA . Oke staight to da main point ! Macam yang tertera kat title tu, entry dila kali ni nak ajak semua kawan kawan berbsness ! Pernah dengar 1whp ? ianya membawa maksud 1 world hand phone. Syarikat ni ditubuhkan pada tahun 1994. Kita join benda ni then keja kita hanya mengiklankan/mempromote tentang 1whp ni melalui handphone atau di sosial web yang kita ada contoh macam facebook, instagram , wechat or whatsapp or di mana mana ja lah . Mudah ja kan ? ianya hanya memerlukan modal sebanyak RM55 SAHAJA seumur hidup dan kita akan mendapat income berlipat ganda berbanding modal kecil ang kita salurkan . Tak rugi tau join . Ianya tak mengira peringkat usia , ramai juga yang masih bergelar student yang join 1whp ni dan Alhamdulillah mendapat pulangan yang lumayan setiap bulan tau . Semuanya atas usaha kita , hasilnya pasti setimpal sebanyak mana yang kita usahakan . Rezeki Allah tu luas puncanya . In shaa Allah Allah akan permudahkan , belum cuba belum tau . Mungkin saja rezeki kita disini . Jom jom jom join with me ! Kalau berminat pm dila kat fb , takpun wechat dila lebih senang sebab wechat on 24jam HEHEHE wechat id : dilaramli9005 ataupun whatsapp ja dila di 0175059408 :) untuk explaination lebih jelas lagi oke :)









Saturday, 23 November 2013

Don't kill my happiness :)


Detik demi detik , masa kian berjalan pergi nun jauh meninggalkan kita . Setiap saat yang berlalu pasti dipenuhi dengan sejuta satu kenangan . Mana mungkin ianya di biarkan melintas kosong tanpa di isi :) Apa yang di rasa selama ini semuanya bagaikan permainan dunia . Perasaan yang ku rasakan kini kadang kala membunuh jiwa ! Maafkan aku sayang . Bahagiakan aku sayang . Hargailah aku sayang . Kerna aku jua punya rasa . Sayang , tika melihat saja wajah mu , sejuta ketenangan dapat ku rasakan . Sungguh aku tidak berbohong :) Pupus seketika segala penderitaan yang tertanam di kalbu ku . Sayang , kasih ku bukan untuk dimainkan . Jika berkesempatan , ingin sekali aku luahkan padamu . Janganlah disiksa perasaan ku . Jika aku masih punya pilihan , aku lebih memilih untuk tidak pernah sedetik pun mengenali mu daripada aku harus terpaksa kehilangan mu suatu hari nanti . Sungguh melupakan mu adalah perkara terberat , mungkin saja meragut seluruh masa sisa hidupku yang tinggal untuk melupakan mu . Tetapi , tika saja hatiku meminta untuk bersuara , fikiran ku menyekat segalanya , lidah kelu tak mahu berbicara , mulut tertutup bagai di sumpah . Jangan tusuk kalbu ku . Jangan guris naluri ku . Biarkan aku terus menjadi gadis riang yang bisa membentuk secangkir senyuman di bibir insan lain . Biarkan aku terus menjadi gadis penghibur yang bisa mengukir secebis kebahagiaan di hidup manusia lain . Aku mohon sayang ku , kebahagiaan ku jangan dirampas . Keindahan hari hari ku jangan diragut . Senyuman ku jangan dibunuh . Walau aku sering diabaikan , aku tetap teguh demi orang orang yang masih memerlukan aku . Walau aku tiada yang sudi memahami , aku tetap disini buat orang perlu difahami . 



Monday, 12 August 2013

aku bukan orang kaya !


Hai ! apa habaq semua ? ada sihat kah ? tak habis habis lagi kea beraya tu ? sudah lerrr beraya sikit sikit oii . okay back to the topic . Entry dila kali ni dila nak postkan bout luahan hati dila yang paling dalam ! bahkan mungkin lebih dalam daripada apa yang terdalam *ehhh apa benda aku cakap ni ? Aku ni bukan anak orang kaya atau datang daripada family yang kaya raya macam hampa semua kat luaq sana tuhh . Family aku tak kaya macam yang kawan kawan aku gambarkan tentang hidup aku tapi taklah pulak semiskin macam yang mungkin hampa tengah bayangkan sekarang . Wang ringgit mungkin tak menjamin kebahagiaan tapi jangan silap ! kerana wang ringgit juga amat amat perlu untuk kita meneruskan kehidupan seharian . Kawan cakap "ala dila takpa la , nak apa semua dapat , nak apa senang dapat" senang ja hampa cakap kan ? taukah hampa aku takkan mintak melebihi kemampuan famly aku ? Taukah hampa yang handphone aku guna sekarang walaupun hanya 70 ringgit ja pun aku tak mintak kat mak ayah aku , aku himpun duit sendiri sikit sikit untuk beli . Hampa takpa la boleh dok mintak kat mak ayah hampa . Smartphone *galaxy note I * yang aku guna tuhh abang aku yang beli bagi kat aku . Aku takpernah pun terfikir bahkan takpernah aku impikan pun yang aku akan dapat semua tu *dah abang bagi tak kan aku nak tolak pulak  Laptop ni pun aku takpernah mintak , sebab aku takut mak ayah aku takdak duit nak beli nanti depa susah hati dok pikiaq . Tapi one day depa bawak aku pegi kedai laptop , aku tanya "nak bbuat apa ni" mak cakap "nak beli laptop kat adik la" Ya Allah seronoknya aku time tu hanya Allah saja yang tau . Sekarang laptop ni masih elok aku guna sejak 2010 . Aku terlalu bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada aku dan keluarga aku sekarang . Aku dah pernah rasa hidup susah dan sekarang alhamdulillah aku dah tak sesusah dulu . Aku dah pernah rasa takdak duit nak makan dulu dan sekarang alhamdulillah Allah takpernah putuskan bekalan makanan kami sekeluarga . Alhamdulillah , berkat kesabaran menempuhi ujian Allah setelah sekian lama Allah hadiahkan kami dengan sedikit kesenangan :) 


ayah dan bonda tercinta 

abang tersyang bersama future kak ipar

tak dilupakan , arwah abang yang sangat dirindui 







Tuesday, 26 March 2013

WARNING !


Tahniah tahniah sapa yang dapay himpun A banyak dalam kertas result SPM dengan STPM tuhh naaa . Aku ni dah dapat WARNING daripada abang aku . Abang aku arahkan aku BERHENTI berfacebook sebab result exam merosot . HAHAHAHAHA ! Nak suruh aku mengadap buku 24 ? ouhhhh no ! memang tak arhh . Apa pun aku mesti kena capai target , aku je satu satunya harapan family aku yang tinggal , kalau down jugak yang next exam punya , mati la aku . Habehhh la netbook , laptop , tab , phone semua ditarik balik la jawabnya . Oh nooo ! I cant believe that I'll lost all of that ! no way ! 

-THE END-

Saturday, 9 February 2013

jangan sentuh hati perempuan


Nama aku NOR ADILA BINTI RAMLI dan aku seorang perempuan ! Laki , hati perempuan ni sensitif sangat sangat tau tak , antara mereka tunjuk dengan tak ja . Aku tau kerana aku juga perempuan . Bila ada SOMEONE yang carring , sentiasa ada bila dia perlu , selalu layan kerenah dia dan sebagainya yang boleh buatkan dia happy dan rasa dihargai , maka akan timbul suatu perasaan lain yang luar biasa terhadap SOMEONE tuu . Maafkan aku kalau aku silap . Aku tak kata semua perempuan macam tu , hanya seberapa saja :) Hati perempuan pantang dicuit , bila menyayang , sukar dihapus , bila diluka , susah diubat . Duduk sendirian diam diam , tenangkan fikiran dan fikirkan apa yang aku kata ni okay ? ;D

Tuesday, 15 January 2013

ailebiu pren


I feel so happy and thankful coz ALLAH sent me a very protective , carring , loving friend to me . Aqilah's always protect me when at school , when hve pupils that wnna bully me . Hakima's will always take care of me . Liza and wani very  patient with my childsh behavr . Btween us , me like a baby . i do love them so much !!

Thursday, 21 June 2012

ALLAH bersama ku :)


Lamanya tak update , rindu sangat nak menaip balik macam dulu . Rindu sangat nak update selalu macam dulu , nak blogwalking selalu macam dulu . Tapi hidup aku sekarang bagai tak seindah dulu lagi . Aku yakin dan pasti untuk menyatakan yang ALLAH sangat sayangkan aku , sebab tu aku sering diuji dengan pelbagai dugaan . Biarpun aku hanya seorang gadis lemah , tapi aku harus menjadi sekuat dan setabah seorang lelaki perkasa dalam perjuangan hidup ku . Seperti mana bintang yang tak selalu ada untuk menemani bulan , begitu jugalah aku yang takkan selamanya ada untuk melengkapi kehidupan setiap insan yang memerlukan aku . Kerana seperkara aku terus lemah , kerana seperkara aku jatuh , kerana seperkara jiwa ku bagai mati seketika . Aku harus bersemangat dan terus tersenyum walau apa jua yang melanda . Buat seorang teman yang telah membuang aku hanya kerana seperkara itu , di sini suka aku nyatakan bahawa hidup mati ku kerana ALLAH . Dengan kuasaNYA aku dapat merasai nikmatnya kehidupan di dunia dan denagn kuasaNYA juga aku mati . Ajal ku bukan di tangan mu sahabat :) 

Monday, 14 May 2012

❤ HERO PERLIS ❤


Apa khabar semua ? lamanya tak update ! rindu lerrr :) sekarang busy dengan mid year exam . Sahabat tau tak yang accident kat sempadan kedah-perlis , 13/5/2012 kelmarin .Tau tak ? Ehh ! Tau ka taktau ni ? Betul betul la , tampaq baru taw !! Nihh nak cita , kelmarin kan dila hari ibu . Dila g aloq staq dengan family dila , ala besa la mummy dila nak p shopping la , dila ni macam besa jadi tukang angkot barang jaa :/ Masa ontheway p aloq staq dila terserempak dengan satu accident keta , sebuah sebuah dia ja dok dalam sungai kat sempadan kedah-perlis , tayar empat empat dok atas . Nampak tayar ja , sebab tenggelam . Mengucap panjang mummy dila tengok . 


Dah p shopping shopping pa semua , dila dengan family pun balik la . Time ontheway balik kami terjumpa dengan kawan daddy dila , dia ajak kami g minum minum dulu . Okay da minum minum kawan daddy dila cita pasal accident tu . Keta yang accident tu potong keta kawan daddy dila tu then terus terjun dalam sungai =='' kata kawan daddy dila , aku sorang budak laki terjung selamatkan mangsa yang dalam sungai tu . Wahhhh ! Perkasanya laki tuhh , dila nak tau news yang selajutnya . Semalam dila on fb , tengok kat profile YB. Dato' Seri Shahidan Bin Kassim ada news pasal nihh . Dila pun terus interest untuk baca , baca dan terus membaca :D Laki yang gagah perkasa tu bernama dekwan . Beliau diberi gelaran "HERO PERLIS'' Wahhh ! memang hero la dia , sanggup berkorban nyawa untuk nak selamatkan dua nyawa yang hampir mati lemas . Wa respect sama lu dekwan HEHEHEHE ! 


Dekwan ni jugak diishtiharkan oleh YB. Dato' Seri Shahidan Bin Kassim akan menerima anugerah Yayasan Pok Kassim . Katanya lagi dekwan adalah cucu bekas ahli parlimen dan bekas speaker DUN perlis iaitu Allahyarham Dato Shaari  Jusoh . Selain daripada dapat news ni kat fb YB. dila dapat kat blog nihh jugak . Saya bangga jadi rakyat perlis ! Auwwww !! 

Thursday, 3 May 2012

bila dila mula speaking :D



Blogger member , two day ago i update this blog , but me feel like wanna update for new entry everyday . Okay i think too much if i say wanna update every second :D Let me tell u about me . Some teenager , when became tenageer like me , such as 16 , 17 and up as long as called tenageer they will more free to find their own social life , such as hang out with friends and else . But me no ! Everyday after back from school i'll just stay at home . If holiday , i'll just hang out with my family .Sometime mummy ask me did me didn't have a friends in this village ? I just quiet and smile :) Ehhhhhh ! apahal dengan dila nihh , ye ye ooo jea speaking omputeh . Macam lah pandai sangat , BI pun tunggang terbalik ! Laaaaa , don't say like that nahhh , bukan pa , saja semangat BI because tadi dila baru ja habis paper BI . Huhhhhh ! Merapu banyak ! Takut la kalau takdapat A+ :( Help me . Ohhh sir ! Please give me A+ . I want to show a good result to my mummy and daddy and my brother ! Please sir please !!!

Wednesday, 2 May 2012

to HACKER


Apa khabar sahabat semua ? Baik ? Pernah kena hack ? Tadi blog dila nihh kena hack . Ya Allah hanya Allah ja yang tau macam mana perasaan dila time tu , nak nanges ja yang dila tau . For MR. HACKER kenapa perlu hack blog dila ? Apa masalah anda ? Apa salah saya pada anda ? Dila kenal awak pun tak , takbaik la anaya orang macam ni , doa orang teranaya ni takdak hijab tau , Dila rasa awak pun tau kan ? Awak tak takut ke kalau dila tuntut apa yang dah awak buat ni kat padang masyar nanti ? Buruk padahnya nanti . Nasib baik ada kawan yang agak bijak la jugak dalam bidang ni yang dah tolong dila . Alhamdulillah , thank Allah and thank amin because willing help me to get back my blog . Sayang hang wey amin :D HAHAHAHAHA ! Okay terpaksa mengaku yang saya bangga terhadap anda MR. AMIN :)

Sunday, 29 April 2012

hahhhh ?



Hai ! Macam besa , salam ukhwah , salam persahabatan , salam perkenalan to all readers :) This night i would like to talk about entertainment in Islam . Ceritanya bermula gini , last week i ask to my "friend'' did he like entertainment or not ? Guess what he answer me , He said "ehh entertainment ? boleh ke ? dosa laaaa" Errr , dila cakap kat dia "tok guru ajaran sesat mana ajaq hang hiburan tu dosa ? Islam membenarkan kita berhibur asalkan tak malanggar batas batas yang tak dibenarkan" . Betulkan dila kalau dila silap okay :) Takpaham lahh dila dengan masyarakat kini yang selalu sangat silap menilai Islam tu yang sebenar . Sekarang ni pulak tengah heboh dengan BERSIH yang semakin menghuru harakan Malaysia . Why ? Why should do like that ? takboleh ka bersatu padu macam dulu ? Takboleh ka aman macam dulu ? Kenapa tunjuk perasaan tu makin menjadi jadi ? Kebanyakkkan yang join tu orang melayu . If they malay that mean they are Islam right ? If they are Islam , that mean they know what is right and what is wrong . If they make chaos , that mean mereka dah memutuskan silaturahim kan ? Islam tak sukakan pergaduhan , Allah juga murka orang yang memutuskan silaturahim . Come on laa sahabat seagama , hentikanlah semua ni , tunjukkan lah adab tata tertib yang mulia sebagai Islam , jadilah la teladan yang baik pada yang bukan Islam supaya yang bukan Islam lebih respect dan lebih berminat untuk mendalami Islam . Islam ni agama yang mulia , tapi macam tu ka attitude seorang Islam yang mulia ? Dah Islam tu Islam la sungguh , jangan Islam atas nama ja . Kerana segelintir yang Islam atas nama ja ni , nama mulia Islam tu tercemar . Bukak la minda tu untuk lebih berfikiran terbuka , untuk lebih berfikiran rasional  dan waras . Fikir la elok elok k :/

Friday, 27 April 2012

wanita pertama masuk syurga *.*





Sahabat sekalian , tau tak sapa wanita pertama yang masuk syurga ? tau ??? haaa yesss betul lah tuu . Muti’ah nama diberi :) wahhh bestnya kan jadi Muti’ah diberi penghormatan sampai sebegitu sekali . Tapi bila baca baca baca tentang kisah si Muti’ah ni , dila rasa memang patut pun dia diberi penghormatan sebegitu . Ehhh apa ? Kenapa dengan Muti’ah ? Takpernah dengar pun kisah tentang beliau ? MasyaAllah . Okay takpa , mehh sama sama kita kenali Muti’ah :)

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.
Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”

“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.

“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah

“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah

“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.

” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah

” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah

” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.

“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”

“Ya dengan Hasan dan Husain ”

“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”

“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.

Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”

“Di ladang” Jawab Muti’ah

“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.

“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.

“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.

“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.

“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.

“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.

Terfikir tak sahabat semua , kenapakah dalam berjuta juta wanita/perempuan/gadis dan seangkatan dengannya dalam dunia ni Muti'ah yang paling awal masuk syurga ? istimewa sangatkah beliau ? Wallahu a'lam :) Tapi bagi dila beliau sangat taat kepada suaminya , yeee memanglah apabila kita dah bersuami syurga seorang isteri tu dibawah telapak kaki suami pulakk . Tapi dila rasa andai dila bergelar seorang isteri nanti dila takmungkin setaat Muti'ah . Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang di hadapan dan dibelakang kita :)

Saturday, 21 April 2012

bertuahnya aku


Selamat malam to warga blogger :) Salam silaturrahim , salam ukwah , salam manis dan salam persahabatan kepada semua dila ucapkan , semoga semuanya berada dalam keadaan baik II je lah hendaknyaa yaaaaaa :) Dila rasa macam baru ja update blog nyhh , tapi jari ni takboleh dok diam rasa gatal sangat nak menari-nari atas keyboard laptop kesayanganku ini :D Depend on the title above , i wanna story about me , about my daily life . Hahhh ? bertuah ? apa yang bertuahnya ? bertuah sanagtkah ? Okay mungkin itu yang sedang berjoget-joget dalam fikiran hampa dan mungkin jugak tak kan ? Hari II dila rasa happy ja selalu , tapi bukanlah bermakna dila takpernah rasa sedih . Errr of coz lha pernah , sedih yang tak dapat disembuhkan ! Back to the title , dila rasa tersangat bertuanh sebab hari II selalu dihiasi dengan bunga II keceriaan . Denagn adanya mummy , daddy , abang and kawan II yang sangat happening ! mummy yang sealu ceriakan hidup dila , mummy tempat dila luahkan persaan marah , suka mahupun sedih . Mummy ibarat life dila , mummy adalah segalanya . Bila bercerita dengan mummy buatkan dila rasa tenang . Walaupun kadang II mummy sangat annoying ! Daddy pulak akan penuhkan keperluan dila , abang tempat untuk gaduh II manja bila bosan , kawan II selalu buat dila tersenyum dengan telatah yang lucu . Coz of that me feel soooo lucky b'coz all people i love very understand me , can make me smile when me in problem , even they not happy , like acting when make me feel better , but i cant see their seriousness to make me cheer . May be for u all , its not too lucky , but for me it's too lucky . I don't know how can i go through my life without them beside me ,  they are like my breath !! Thank to Allah coz hidupkan dila di kalangan orang II yang sangat baik dengan dila dan sayangkan dila :) , Love them soooo muchh tooo !!!!


Thursday, 19 April 2012

syukran ya abi :)


Hello peeps :) , nihhh II dila nak cite nii dengaq tau kalau tak nanti dila nanges  :p Hari tu kan dila pegi kangaq , pastu ann belek sana belek sini dila nampak qur'an . Waaaaaaaaaaa qur'an tuu cantik tauuu warna oren , kecik comel jaaa siap dengan terjemahnya sekali pulak tuhh . Dila nak beli sangat tapi duit tiada walaupun takda lah semahal laptop/notebook/komputer tapi jujur memang tengah kering betul time tu . Balik rumah pun dok teringat kat quran tu jaaa . rasa geram sangat selagi takboleh beli :D *okay perangai aku memang macam tu , selagi takboleh beli apa yang aku nak , dok geram situuu :) Okay lepas tu dila ngadu kat mummy cakap nak quran tuhh :'( heheheh well biasa lha saya anak manja dan sangat kuat ngadu ! Kau hadaa ? Takda dok diammm ;) mummy pulak sampaikan kat daddy . Dila tengok daddy macam buat tak kesah jeee , geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaa !! Pastu dila merajukk lha ! Esokk tuhhh ehh tengok II daddy belikan quran tuhh yang dila dok gila sangat tuhh . Uwwaaaaaaa syioqqq maaaa waaa time tuhh HAHAHAHAHAHA ! Walaupun daddy buat don't know jaaa tapi dia alert apa yang dila nak . Syukran ya walid , ana muhab jida walid wa ummi wa akhiy :)

Tuesday, 17 April 2012

Romantis itu sunnah :)


Salam sejahtera , salam 1Malaysia dan salam ukhwah kepada para sahabat sekalian . Chewwahh macam nak berpidato lah pulak aku kan ? erk ? erk ? ada aku kesah ? huhu ! Kawan-kawan suka tak romantis-romantis ? Yesss i know , somebody love romantic and somebody hate it so much right ? What ? Me ? Of coz i love man who that veryveryvery romantic person :) *err okay , ignore my language ! I've one romantic story that wanna share here . Kepada yang geli dengan romantis ni , jangan taktau pulak yang romantis ni sunnah Rasulullah tau . So takpayah nak geli sangat lha kan ? Tapitapitapi ! Ada satu amaran keras daripada aku , romantis-romantis bagai ni hanya untuk yang halal ja okay ! Dalam erti kata mudah , hanya untuk pasangan suami isteri ja , for couple or hubungan yang tak halal tu takpayah gatal nak beromantis segala bagai nohhh . Kalau teringan jugak , pihhh kahwin dulu ! :D Romantis yang aku nak cakap ni jugak merupakan romantis cara Rasulullah SAW . Mari membaca bersama-sama ya wahai sahabat , mudah-mudah boleh dipraktikkan bersama dalam  rumah tangga yang telah sekian lama dibina mahupun yang bakal dibina atau yang lambat lagi nak dibina macam aku pun boleh baca jugak tapi praktikkan bila dah kahwin nanti lahh yee , jangan pihh dok try-try dengan marka pulak ! Errr baiklah , dah banyak sangat dah membebel , mari kita mulakan cerita .

Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda . Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid .
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras . Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri . Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya . Dikala isteri kesunyian , hadirnya mengungkap keriangan . Sewaktu isteri dalam kedukaan , baginda bukanlah sekadar pemerhati . Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan . Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut . Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit .” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri .
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya . Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah . Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka . Ketika Aisyah menjemput Saodah makan , ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah) , makanlah atau aku akan mengotori wajahmu” . Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”. Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah . Rasulullah SAW tertawa . Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah . Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah , Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e , Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya . Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW . Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW . Beramah mesra , bergurau senda , belaian dan sentuhan . Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya . Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim . Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA . Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta , kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW .

Dah jelas kan ? Alhamdulillah . Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Semoga dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet ? Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa , namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.  I've got this from here :)




Sunday, 15 April 2012

Kaitan Kisah Kaum Luth Dan Laut Mati ( Deadsea Jordan )


Hai teman , pernah dengar tentang kisah kaum Luth dan laut mati kat Jordan ? Mesti pernah kan ? Okay mana yang belum tau , mehh baca kat bawah sini :)

Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.
Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.
Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.
“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.
“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. “
” Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.
Ketika mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.
Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.
Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.
Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.
“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.
“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.

“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”
“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”
Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.
Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.
“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”
Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba..Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.
Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.
Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ini jelas terbukti lambang kebesaran Allah SWT .
Conclutionnya kat sini , takpayah laa nak bercinta dengan kaum sejenis . Banyak lagi perempuan/ lelaki yang menawan , baik , segak . Aku tengok sekarang ni macam dah kembali ke zaman dulu , banyak yang dok menjalin hubungan dengan kaum sejenis baik laki baik perempuan . Kenapakah ? Seronok sangatkah dok berhubungan dengan kaum sejenis ni ? Apa untungnya ? Allah dah ciptakan  lelaki dan perempuan untuk hidup berpasang-pasangan , so manfaatkanlah ianya sebaik mungkin . Ni aku tengok dah ada isteri pun sanggup tinggalkan isteri untuk cinta sejenis . Mengapa perlu terkejar-kejar yang haram jika yang halal sudah di depan mata ?




Tengok , siap boleh landing sambil baca paper lagi weyyhh . Mesti best tempat nii , aku pun teringin sangat nak sampai kat sana . InsyaAllah suatu hari nanti aku akan sampai jugak di bumi Allah tuhh dan saksikan keindahannya dengan mata kepala aku sendiri InsyaAllah :)
Adila Ramli Blogspot