Salam sejahtera , salam 1Malaysia dan salam ukhwah kepada para sahabat sekalian . Chewwahh macam nak berpidato lah pulak aku kan ? erk ? erk ? ada aku kesah ? huhu ! Kawan-kawan suka tak romantis-romantis ? Yesss i know , somebody love romantic and somebody hate it so much right ? What ? Me ? Of coz i love man who that veryveryvery romantic person :) *err okay , ignore my language ! I've one romantic story that wanna share here . Kepada yang geli dengan romantis ni , jangan taktau pulak yang romantis ni sunnah Rasulullah tau . So takpayah nak geli sangat lha kan ? Tapitapitapi ! Ada satu amaran keras daripada aku , romantis-romantis bagai ni hanya untuk yang halal ja okay ! Dalam erti kata mudah , hanya untuk pasangan suami isteri ja , for couple or hubungan yang tak halal tu takpayah gatal nak beromantis segala bagai nohhh . Kalau teringan jugak , pihhh kahwin dulu ! :D Romantis yang aku nak cakap ni jugak merupakan romantis cara Rasulullah SAW . Mari membaca bersama-sama ya wahai sahabat , mudah-mudah boleh dipraktikkan bersama dalam rumah tangga yang telah sekian lama dibina mahupun yang bakal dibina atau yang lambat lagi nak dibina macam aku pun boleh baca jugak tapi praktikkan bila dah kahwin nanti lahh yee , jangan pihh dok try-try dengan marka pulak ! Errr baiklah , dah banyak sangat dah membebel , mari kita mulakan cerita .
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan
yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya
yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di
dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar
berbudi pekerti yang agung”.
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia
merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda.
Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya
bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam
setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia.
Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu
perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga
baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad
bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya
dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi
umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang
cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah
ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa
keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh
kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan
romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama
isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta
bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata
bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air
yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa
sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah
melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun
hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga
boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum
keluar bekerja.
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah
seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay
sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku
mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan
Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan
Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda.
Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan
kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah
ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman
memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang
seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan
bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng
di belakangnya.
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah
isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi.
Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya.
Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila
datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang
dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi
siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa
Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah
menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka
sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat
Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap
sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim
sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu
adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun
hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan
romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk
diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik
bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis
ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan
sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya
sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis
bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri
untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat
membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana
percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda
dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama
pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah
tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya
seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara
bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau
sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana
yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW
membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku
sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan
sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “
Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada
suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama
ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung
Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda
mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda . Ku letakkan bahuku di
atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri
Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi
ke masjid .
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras . Ia juga
seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri . Pemergian baginda telah
membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya . Dikala isteri
kesunyian , hadirnya mengungkap keriangan . Sewaktu isteri dalam kedukaan ,
baginda bukanlah sekadar pemerhati . Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan
dan kesakitan . Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW
adalah orang yang penyayang lagi lembut . Baginda akan menjadi orang yang sangat
lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit .” (Bukhari
dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri .
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya .
Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah . Lalu
Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas
pangkuan mereka . Ketika Aisyah menjemput Saodah makan , ia menolaknya kerana
tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah) , makanlah atau aku
akan mengotori wajahmu” . Saodah menolak dengan berkata : Aku
tidak akan memakannya”. Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah
Saodah . Rasulullah SAW tertawa . Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas
semula dengan mengotori wajah Aisyah . Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah ,
Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e , Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda
gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya . Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah
untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti
dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW . Mungkin
inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW . Beramah mesra ,
bergurau senda , belaian dan sentuhan . Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari
bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya . Suara
indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih
kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim .
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang
bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat
Jibril untuk Aisyah RA . Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya
rasa cinta , kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW .
Dah jelas kan ? Alhamdulillah . Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah
sunnah Nabi SAW. Semoga dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang
lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu
dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam
berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya
sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku
novel cinta Romeo dan Juliet ? Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari
novel biasa , namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW. I've got this from here :)
No comments:
Post a Comment