Hujan yang renyai mengingatkan aku pada
satu peristiwa silam mengusik kalbu , yang membuatkan
hatiku menangis dan terus menangis tanpa henti .
Peristiwa yang membuatkan aku terus rebah tak berdaya .
Aku bagaikan hilang pertimbangan dengan
menyalahkan takdir yang telah ALLAH tetapkan untukku dan
keluarga . Syukurlah akhirnya aku tersedar dari lamunan
dan berjaya keluar dari perasaan amarah yang tadinya
menguasai diri . Aku beristighfar memohon ampun daripada
ALLAH kerana telah meragui dan berburuk
sangka terhadap-Nya . Walaupun begitu , aku tetep masih
lemah untuk menjalani kehidupan ini seperti biasa lagi .
Aku lihat ibu , tiada lagi kedengaran gelak tawanya , malah
yang ada hanya air mata membasahi pipi . Di bibir ayah , tiada lagi
senyuman manis yang menghiasi wajahnya , yang ada
hanya lamunan yang seakan tidak percaya dengan apa
telah terjadi . Juga tiada lagi seri keriangan
di wajah abang dan suaranya yang sering memecahkan suasana
sunyi . Hanya muram dan suram yang menghiasi hidup .
Mana mungkin aku harus lemah di hadapan mereka , ianya akan
membuat luka di hati mereka akan semakin parah . Aku
harus sentiasa tampak kuat , tabah dan sabar dalam menjalani
hidup ini demi mereka . Aku harus sentiasa tersenyum untuk
memastikan mereka jua tersenyum walaupun pada
hakikatnya aku juga lemah , hatiku juga parah dalam
menghadapi situasi ini ...
No comments:
Post a Comment